Program Bersama Peserta Klik Dengan Bijak (KDB)
26 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2015, pihak Pusat Internet Serasot dengan kerjasama dari Pusat Internet dari daerah Bau dan Lundu iaitu PI Krokong, PI Sibuluh, dan PI Stungkor telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) di bilik latihan PI Serasot. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah ceramah KDB, tayangan video KDB dan sesi soal-jawab bersama peserta. Selain itu, para peserta yang terlibat juga turut diberikan keahlian secara percuma sebagai ahli Pusat Internet Serasot. Aktiviti utama dalam program KDB ini adalah para peserta dibawa untuk mendengar taklimat tentang KDB disampaikan oleh petugas PI. Tayangan video berkaitan KDB turut diselitkan sebagai aktiviti sokongan bagi memberi pemahaman yang jelas kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: